Dokument Dasar mengenai Pelaporan Kewangan

29 Apr 2022 Notis Umum

Ringkasan

BNM telah menerbitkan Dokumen Dasar Pelaporan Kewangan untuk Pengendali Takaful dan Dokumen Dasar Pelaporan Kewangan, yang menetapkan keperluan yang disemak semula yang terpakai untuk pengendali takaful dan penanggung insurans untuk memastikan penjajaran dengan keperluan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) 17 Kontrak Insurans dan MFRS 9 Instrumen Kewangan.

Khusus untuk pengendali takaful, keperluan pendedahan telah diperkukuh untuk mencerminkan kekhususan takaful. Keperluan juga telah diselaraskan dengan pengesyoran oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) dan ketetapan terkini oleh Majlis Penasihat Syariah berkaitan pemakaian MFRS 17 kepada perniagaan takaful (iaitu pembentangan kolumnar penyata kewangan dan ukuran qard).

Dokumen Dasar:


Bank Negara Malaysia
29 April 2022

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?