Draf Dedahan Kualiti dan Integriti Mata Wang
Draf Dedahan ini menetapkan perkara-perkara yang berikut:
(a) kriteria penentuan kualiti mata wang dalam edaran;
(b) piawaian pemprosesan mata wang dan pengedaran semula mata wang kepada orang ramai;
(c) piawaian pengendalian mata wang Malaysia yang disyaki palsu di Malaysia;
(d) keperluan merekodkan dan melaporkan mata wang Malaysia yang disyaki palsu;
(e) tempoh masa untuk membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia mengenai mata wang Malaysia yang disyaki palsu; dan
(f) keperluan untuk mempunyai kakitangan yang cekap dan memiliki mesin pemprosesan mata wang yang sesuai.
Bank Negara Malaysia (Bank) mengalu-alukan ulasan bertulis mengenai Draf Dedahan ini, termasuk cadangan berhubung dengan isu khusus atau bahagian yang perlu dijelaskan serta sebarang cadangan alternatif untuk pertimbangan Bank. Bagi memudahkan penilaian Bank, sila nyatakan dengan jelas perenggan yang berkaitan dengan ulasan yang diberikan berserta penerangan yang jelas dan bukti mengikut kesesuaian. Maklum balas hendaklah dihantar secara elektronik dalam format yang ditetapkan kepada alamat e-mel [email protected] selewat-lewatnya pada 30 April 2023.
Tarikh Penerbitan:
22 Februari 2023
Jabatan yang Mengeluarkan Dokumen:
Jabatan Pengurusan dan Operasi Mata Wang
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.