Draf Dedahan Mengenai Ketelusan dan Penzahiran Produk
Draf dedahan ini memperkenalkan keperluan penzahiran yang baharu dan ditambah baik. Draf ini bertujuan untuk memastikan penzahiran produk terus memenuhi matlamat memudahkan pengguna menilai kesesuaian produk dan membuat pilihan kewangan dengan maklumat yang mencukupi.
Keperluan berasaskan prinsip di bawah Bahagian B menetapkan obligasi penzahiran minimum yang dikehendaki daripada penyedia perkhidmatan kewangan (Financial Service Providers, FSP). Selain itu, FSP dikehendaki memenuhi keperluan penzahiran produk khusus yang terkandung dalam Jadual.
Bank Negara Malaysia (BNM) mengalu-alukan maklum balas secara bertulis mengenai keperluan pengawalseliaan dalam draf dedahan ini. Maklum balas ini termasuk cadangan berkenaan isu-isu atau bidang khusus yang memerlukan penjelasan yang lebih lanjut atau cadangan alternatif yang memerlukan pertimbangan BNM. Maklum balas bertulis perlu disokong dengan rasional, bukti atau ilustrasi yang jelas dan sesuai untuk memudahkan penilaian.
Maklum balas perlu dikemukakan secara elektronik kepada BNM selewat-lewatnya pada 29 Mac 2024 melalui pautan https://forms.office.com/r/Jcmig4dW0d.
Tarikh Penerbitan
29 Februari 2024
Jabatan yang Menerbitkan Dokumen
Jabatan Konsumer dan Amalan Pasaran
Dokumen
Draf Dedahan Mengenai Ketelusan dan Penzahiran Produk
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.