Draf Dedahan Pelupusan dan Pembelian Pinjaman/Pembiayaan Terjejas

19 Jun 2023 Notis Umum

Draf dedahan ini menetapkan cadangan keperluan dan panduan berkenaan dengan pelupusan dan pembelian pinjaman/pembiayaan terjejas oleh institusi perbankan dan bukan perbankan. Draf dedahan ini bertujuan untuk mengurangkan halangan kemasukan pembeli ke dalam pasaran pembiayaan terjejas, mengukuhkan keperluan kelakuan untuk menyediakan perlindungan yang sewajarnya kepada peminjam yang pinjamannya dijual kepada pembeli bukan bank, dan menggalakkan kecekapan yang lebih besar dalam pelupusan/pembelian pembiayaan terjejas.

Bank menjemput maklum balas bertulis mengenai cadangan dasar dalam draf dedahan ini. Maklum balas boleh termasuk cadangan mengenai cadangan alternatif yang Bank harus pertimbangkan dan ianya harus disokong dengan rasional, bukti atau ilustrasi yang jelas untuk memudahkan penilaian Bank.

Maklum balas mesti diserahkan secara elektronik kepada Bank sebelum 19 Julai 2023 kepada [email protected] .

Pertanyaan khusus boleh diajukan kepada pegawai-pegawai berikut:

(a) Sariah Md. Senan ([email protected])

(b) Nadrah Md. Nadzir ([email protected])

(c) Christie Anne Maran ([email protected])

 

Tarikh Penerbitan

19 Jun 2023

 

Jabatan Penerbit

Jabatan Konsumer dan Amalan Pasaran

 

Dokumen

Draf Dedahan Pelupusan dan Pembelian Pinjaman/Pembiayaan Terjejas

 

 


Bank Negara Malaysia
19 Jun 2023

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?