Draf Dedahan Pengendalian Aduan

08 Okt 2024 Notis Umum

Draf Dedahan berkenaan pengendalian aduan menetapkan keperluan dan jangkaan yang dicadangkan yang bertujuan untuk memastikan mekanisme pengendalian aduan penyedia perkhidmatan kewangan (financial service provider, FSP) tetap relevan, boleh diakses dan tepat pada masanya. Peningkatan ini diperlukan berikutan kepesatan digitalisasi amalan perniagaan FSP, peningkatan kerumitan produk dan perkhidmatan kewangan, dan jangkaan pengguna kewangan yang tinggi terhadap FSP untuk responsif, adil dan berkesan dalam mengendalikan aduan.

Bank Negara Malaysia (BNM) menjemput maklum balas bertulis terhadap keperluan yang dicadangkan dalam draf dedahan ini. Ini termasuk cadangan mengenai isu atau bidang tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut atau cadangan alternatif yang perlu dipertimbangkan oleh BNM. Maklum balas harus disokong dengan rasional, bukti atau ilustrasi yang jelas, mengikut kesesuaian, untuk memudahkan penilaian oleh BNM.

Maklum balas mesti dikemukakan secara elektronik kepada BNM sebelum atau pada 8 November 2024 melalui pautan berikut: https://forms.office.com/r/QSVKcdZELy.

Maklum balas yang diterima akan diumumkan melainkan kerahsiaan dipohon secara khusus, sama ada untuk sebahagian atau keseluruhannya. 

Tarikh Penerbitan
8 Oktober 2024

Jabatan Penerbit
Konsumer dan Amalan Pasaran 

Dokumen

  • Draf Dedahan Pengendalian Aduan (maklum balas telah ditutup)

 


Bank Negara Malaysia
08 Oktober 2024

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?