Draf Dedahan Penggunaan Ta`awun Secara Meluas dalam Takaful

01 Jul 2024 Notis Umum

Bank Negara Malaysia (BNM) menerbitkan Draf Dedahan Penggunaan Ta`awun dalam Takaful Secara Meluas (Draf Dedahan) yang menggariskan cadangan keperluan Syariah dan pengawalseliaan bagi memanfaatkan sepenuhnya potensi takaful dalam usaha menggalakkan daya tahan kewangan serta rangkuman kewangan yang selaras dengan objektif Syariah (maqasid Shariah).

BNM mengalu-alukan maklum balas bertulis daripada pengendali takaful berlesen dan pengendali takaful semula profesional berhubung dengan keperluan yang dicadangkan dalam Draf Dedahan ini. Maklum balas tersebut hendaklah disokong oleh rasional yang jelas dan disertai dengan bukti atau contoh praktikal, mengikut kesesuaian, bagi mendapatkan pemahaman konteks yang lebih jelas serta memudahkan penilaian pihak BNM.

Maklum balas bertulis perlu dikemukakan kepada BNM melalui [email protected] selewat-lewatnya pada 31 Disember 2024.

Tarikh penerbitan:
28 Jun 2024

Baca: Draf Dedahan Penggunaan Ta`awun dalam Takaful Secara Meluas


Bank Negara Malaysia
01 Julai 2024

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?