Draf Dedahan Perniagaan Pemprosesan Mata Wang

17 Jan 2024 Notis Umum

Draf Dedahan ini menetapkan cadangan standard dan garis panduan yang perlu diikuti oleh Pemproses Mata Wang Berdaftar (Registered Currency Processors, RCP) bagi memastikan amalan yang berhemat, profesionalisme, integriti, akauntabiliti dan ketelusan perniagaan pemprosesan mata wang. Draf dedahan ini merangkumi bidang utama yang berkaitan seperti yang berikut:

  1. tadbir urus;
  2. keperluan operasi;
  3. kawalan dalaman; dan
  4. keperluan teknologi maklumat (IT).

Bank Negara Malaysia (BNM) mengundang maklum balas bertulis mengenai cadangan dalam draf dedahan ini, termasuk cadangan untuk isu-isu khusus, bidang-bidang yang perlu dijelaskan atau dihuraikan dengan lebih lanjut, serta sebarang cadangan alternatif yang perlu dipertimbangkan oleh BNM. Maklum balas bertulis perlu disokong dengan rasional yang jelas berserta bukti atau ilustrasi yang sesuai untuk memudahkan semakan draf dedahan ini secara berkesan.

Maklum balas hendaklah dikemukakan secara elektronik kepada BNM selewat-lewatnya pada 15 Mac 2024 melalui [email protected].

Maklum balas yang diterima boleh didedahkan kepada umum secara tanpa nama melainkan kerahsiaan diminta secara khusus untuk keseluruhan atau sebahagian daripadanya.

 

Tarikh Penerbitan
17 Januari 2024

Jabatan yang Menerbitkan Dokumen
Jabatan Mata Wang

Dokumen
Draf Dedahan Perniagaan Pemprosesan Mata Wang

 


Bank Negara Malaysia
17 Januari 2024

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?