Draf Dedahan Rangka Kerja Kecukupan Modal (Basel III – Aset Berwajaran Risiko) – Pendekatan Standard untuk Risiko Kredit

20 Jan 2023 Notis Umum

Draf dedahan ini menetapkan cadangan keperluan pengiraan caj modal bagi Pendekatan Standard untuk Risiko Kredit di bawah pembaharuan Basel III oleh institusi kewangan. Keperluan ini juga dikenakan ke atas institusi kewangan yang menggunakan Pendekatan Berasaskan Penarafan Dalaman untuk Risiko Kredit bagi menentukan keperluan terendah output, yang akan dibincangkan dalam draf dedahan Rangka Kerja Kecukupan Modal (Basel III – Aset Berwajaran Risiko) – Pendekatan Berasaskan Penarafan Dalaman untuk Risiko Kredit.

Bank Negara Malaysia (BNM) mengundang maklum balas terhadap draf dedahan ini, termasuk cadangan berhubung dengan isu khusus atau bahagian yang perlu dijelaskan serta sebarang cadangan alternatif untuk pertimbangan BNM.

Semua maklum balas terhadap draf dedahan ini perlu dihantar selewat-lewatnya pada 30 Jun 2023 kepada [email protected]. Maklum balas yang diterima boleh dimaklumkan kepada orang ramai melainkan kerahsiaan diminta secara khusus untuk keseluruhan atau mana-mana bahagian maklum balas.

Tarikh Penerbitan:
20 Januari 2023

Jabatan yang Mengeluarkan Dokumen:
Jabatan Dasar Kewangan Pruden

Dokumen:
Draf Dedahan Rangka Kerja Kecukupan Modal (Basel III – Aset Berwajaran Risiko) – Pendekatan Standard untuk Risiko Kredit


Bank Negara Malaysia
20 Januari 2023

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?