Draf Dedahan Skim Pembiayaan Mikro
Draf dedahan ini menggariskan keperluan dan panduan yang disemak semula mengenai Skim Pembiayaan Mikro (SPM), Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF) dan dasar berkaitan kewangan mikro yang lain. Ini termasuklah pemboleh strategik untuk melengkapkan rangka kerja SPM, keperluan dasar untuk menyediakan rangka kerja kawal selia yang lebih memudahkan dan sesuai untuk tujuan pelaksanaan SPM, serta keperluan operasi yang disemak semula yang mesti dipatuhi oleh institusi kewangan sebelum dan semasa penyertaan mereka dalam SPM dan untuk penggunaan MEF.
Bank Negara Malaysia (BNM) mempelawa maklum balas bertulis mengenai cadangan dalam draf dedahan ini, termasuk cadangan mengenai perkara yang perlu dijelaskan atau dihuraikan dan sebarang cadangan alternatif yang perlu dipertimbangkan oleh BNM. Maklum balas bertulis hendaklah disokong dengan rasional yang jelas, disertakan dengan bukti atau ilustrasi yang sesuai, untuk memudahkan penilaian BNM.
Maklum balas mesti diserahkan secara elektronik kepada Bank sebelum 5 April 2024 kepada [email protected].
Maklum balasyang diterima boleh didedahkan kepada umum melainkan kerahsiaan diminta secara khusus untuk keseluruhan atau sebahagian daripadanya.
Tarikh Penerbitan
5 Januari 2024
Jabatan Pengeluar
Jabatan Rangkuman Kewangan
Dokumen
Draf Pendedahan Skim Pembiayaan Mikro
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.