Draf Dedahan Skim Perbankan Islam
Draf dedahan ini mengemukakan cadangan penambahbaikan kepada Guidelines on Skim Perbankan Islam oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan menggariskan keperluan-keperluan yang merangkumi aspek pemberian kebenaran, tadbir urus, kehematan, dan pengawalseliaan operasi yang terpakai pada Skim Perbankan Islam.
BNM mempelawa orang ramai untuk memberikan maklum balas bertulis mengenai cadangan dalam draf dedahan ini, termasuk cadangan untuk isu-isu khusus, keperluan-keperluan yang perlu dijelaskan atau dihuraikan dengan lebih lanjut. Ini termasuk cadangan alternatif yang memerlukan pertimbangan BNM. Maklum balas bertulis hendaklah disokong oleh rasional yang jelas berserta bukti atau ilustrasi yang sesuai untuk memudahkan semakan draf dedahan ini dilakukan secara berkesan.
Maklum balas untuk draf dedahan ini hendaklah dikemukakan secara elektronik kepada BNM selewat-lewatnya pada 31 Mac 2024 melalui [email protected]
Maklum balas yang diterima boleh dimaklumkan kepada orang ramai secara tanpa nama melainkan kerahsiaan diminta secara khusus untuk keseluruhan atau sebahagian daripada maklum balas tersebut.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.