Draf Pendedahan - Garis Panduan Penilaian Risiko Teknologi Awan (CTRAG)
Draf pendedahan ini menetapkan panduan yang dicadangkan untuk menilai risiko utama biasa dan pertimbangan langkah kawalan apabila institusi kewangan menerima pakai perkhidmatan awan. Garis panduan yang dicadangkan ini melengkapkan dokumen dasar Pengurusan Risiko dalam Teknologi (RMiT) untuk mengukuhkan keupayaan pengurusan risiko awan institusi kewangan.
Draf Pendedahan - Garis Panduan Penilaian Risiko Teknologi Awan (CTRAG)
Penyerahan maklum balas
Bank Negara Malaysia mempelawa maklum balas bertulis mengenai cadangan dalam draf pendedahan ini, termasuk cadangan mengenai perkara yang perlu dijelaskan atau dihuraikan dengan lebih lanjut dan cadangan alternatif yang perlu dipertimbangkan oleh Bank. Maklum balas bertulis hendaklah disokong dengan rasional yang jelas, disertakan dengan bukti atau ilustrasi yang sesuai untuk memudahkan penilaian Bank.
Maklum balas hendaklah dikemukakan kepada Bank melalui e-mel kepada [email protected] sebelum atau pada 15 Julai 2022.
Garis Panduan ini terpakai kepada:
- Bank berlesen
- Bank pelaburan berlesen
- Bank Islam berlesen
- Penanggung insurans berlesen termasuk penanggung insurans semula profesional
- Pengendali takaful berlesen termasuk pengendali takaful semula profesional
- Institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan
- Pengeluar wang elektronik yang diluluskan
- Pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan
Jabatan Penerbit Draf
Pakar Risiko dan Penyeliaan Teknologi
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.