Draf Pendedahan mengenai Profesionalisme Ejen Insurans dan Takaful
Draf pendedahan ini menggariskan cadangan keperluan baharu Bank Negara Malaysia ke atas penanggung insurans dan pengendali takaful berlesen dalam menggalakkan standard kelakuan dan profesionalisme yang tinggi bagi ejen insurans dan takaful mereka. Draf ini merangkumi keperluan dasar yang berkaitan dengan pengambilan ejen insurans dan takaful, kelayakan minimum, kriteria layak dan wajar, proses usaha wajar, serta langkah tindakan terhadap ejen yang ingkar.
Maklum balas hendaklah dikemukakan kepada BNM selewat-lewatnya pada 31 Mei 2022 secara bertulis melalui e-mel ke [email protected]. Maklum balas yang diterima mungkin didedahkan kepada umum melainkan kerahsiaan diminta secara khusus untuk keseluruhan atau sebahagian daripada maklum balas yang diberi.
Draf Pendedahan:
Profesionalisme Ejen Insurans dan Takaful
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.