Draf Pendedahan Perniagaan Insurans/Takaful Perubatan & Kesihatan
Draf pendedahan ini menetapkan cadangan keperluan dan panduan Bank dalam menjalankan perniagaan insurans/takaful perubatan dan kesihatan (medical and health insurance/takaful, MHIT). Cadangan tersebut bertujuan untuk menangani perkembangan dalam perniagaan MHIT serta mempromosikan model perniagaan MHIT yang lebih inovatif, inklusif dan mampan untuk bertindak balas dengan lebih baik kepada keperluan pengguna dan persekitaran operasi semasa.
Bank menjemput maklum balas bertulis mengenai draf pendedahan ini, termasuk penjelasan dan/atau cadangan alternatif. Maklum balas hendaklah disokong oleh rasional yang jelas dan bukti yang sesuai jika berkaitan. ITO berlesen juga dijangka menjawab soalan khusus dalam draf pendedahan ini. Semua maklum balas hendaklah dihantar kepada [email protected] sebelum 15 Mac 2023. Maklum balas yang diterima boleh didedahkan kepada umum melainkan kerahsiaan diminta secara khusus untuk keseluruhan atau mana-mana bahagian maklum balas. Dalam menyediakan maklum balas anda, anda boleh mengarahkan sebarang pertanyaan kepada [email protected].
Tarikh Pengeluaran
30 Disember 2022
Jabatan Penerbit
Pembangunan Kewangan dan Inovasi
Keterpakaian
Penanggung insurans berlesen
Pengendali takaful berlesen
Dokumen
Draf Pendedahan mengenai Perniagaan Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.