Draf Pendedahan Rangka Kerja Kecukupan Modal (Basel III – Aset Berwajaran Risiko) – Pendedahan kepada Kaunterparti Tengah

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1000 pada Jumaat, 16 Disember 2022
16 Dis 2022 Notis Umum

Draf pendedahan ini menetapkan keperluan modal yang dicadangkan ke atas pendedahan institusi kewangan kepada kaunterparti tengah di bawah rangka kerja kecukupan modal Basel III.

Bank ingin menjemput maklum balas mengenai draf pendedahan ini, termasuk cadangan untuk isu atau bidang tertentu yang perlu dijelaskan dan sebarang cadangan alternatif yang perlu dipertimbangkan oleh Bank.

Maklum balas untuk draf pendedahan hendaklah diserahkan secara elektronik dan dihantar melalui e-mel kepada [email protected] selewat-lewatnya pada 17 Februari 2023. Penyerahan yang diterima boleh didedahkan kepada umum melainkan kerahsiaan diminta secara khusus untuk keseluruhan atau sebahagian daripada penyerahan.

Tarikh penerbitan:
16 Disember 2022

Jabatan penerbit:
Jabatan Dasar Kewangan Pruden

Dokumen:
Draf Pendedahan Rangka Kerja Kecukupan Modal (Basel III – Aset Berwajaran Risiko) – Pendedahan kepada Kaunterparti Tengah


Bank Negara Malaysia
16 Disember 2022

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?