Draf Pendedahan tentang Hajah dan Darurah
Draf pendedahan ini menggariskan cadangan keperluan dan jangkaan Bank untuk pelaksanaan hajah dan darurah oleh institusi kewangan Islam dalam menjalankan perniagaan perbankan dan takaful Islam.
Bank Negara Malaysia mempelawa maklum balas bertulis mengenai cadangan dalam draf pendedahan ini, termasuk cadangan mengenai perkara yang perlu dijelaskan dan cadangan alternatif yang perlu dipertimbangkan oleh Bank. Maklum balas bertulis hendaklah disokong dengan rasional yang jelas, disertakan dengan bukti atau ilustrasi yang sesuai untuk memudahkan semakan berkesan terhadap draf pendedahan ini.
Maklum balas mesti dihantar melalui e-mel kepada [email protected] selewat-lewatnya pada 28 Februari 2023. Penyerahan yang diterima boleh didedahkan kepada umum melainkan kerahsiaan diminta secara khusus untuk keseluruhan atau sebahagian daripada penyerahan.
Tarikh Penerbitan
15 Disember 2022
Jabatan Penerbit
Jabatan Sistem Kewangan Islam
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.