Duit Syiling RM1 Ditarik Balik daripada Edaran

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1800 pada Isnin, 5 September 2005
05 Sep 2005 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia mengumumkan hari ini bahawa duit syiling RM1 tidak lagi sah diperlakukan berkuat kuasa 7 Disember 2005 dan akan ditarik balik daripada edaran.

Wang kertas RM1 masih sah diperlakukan dan akan terus berada dalam edaran.

Orang ramai akan diberi tempoh selama tiga bulan mulai 7 September hingga 6 Disember 2005 untuk menukar duit syiling RM1 pada nilai muka tanpa sebarang caj di semua cawangan bank perdagangan, cawangan-cawangan utama Bank Simpanan Nasional dan cawangan Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu.

Maklumat lanjut mengenai penarikan balik duit syiling RM1 daripada edaran boleh didapati melalui laman web Bank Negara Malaysia () atau dengan menghubungi Jabatan Pengurusan dan Operasi Matawang Bank Negara Malaysia di talian 03-2690 7442/ 7417.

Lihat Juga: Soalan Lazim


Bank Negara Malaysia
05 September 2005

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?