Duit syiling RM1 tidak lagi sah diperlakukan pada 7 Disember 2005

05 Dis 2005 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia ingin memberi peringatan kepada orang ramai bahawa duit syiling RM1 tidak lagi sah diperlakukan berkuat kuasa 7 Disember 2005 dan tidak boleh digunakan untuk sebarang transaksi.

Memandangkan tempoh 3 bulan yang diberikan untuk penarikan balik duit syiling RM1 daripada edaran tamat pada 6 Disember 2005, semua cawangan bank perdagangan dan cawangan-cawangan utama negeri Bank Simpanan Nasional tidak akan lagi menerima pertukaran duit syiling RM1.

Walau bagaimanapun, orang ramai yang belum menukarkan duit syiling RM1 masih boleh berbuat demikian di Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur dan cawangan-cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu. Penukaran di cawangan Bank Negara Malaysia boleh dilakukan sehingga diberitahu kelak.

Maklumat lanjut mengenai penarikan balik duit syiling RM1 boleh diperoleh dari laman web Bank Negara Malaysia () atau dengan menghubungi Jabatan Pengurusan dan Operasi Matawang Bank Negara Malaysia di talian 03-2698 8044 samb. 7417.


Bank Negara Malaysia
05 Disember 2005

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?