Gangguan teknikal perkhidmatan telefon Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia
06 Dis 2016
Notis Umum
Talian utama telefon ke Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia (BNM), Kuala Lumpur sedang mengalami masalah teknikal. Pihak penyedia perkhidmatan sedang berusaha untuk membaik pulih kerosakan tersebut. Kerja-kerja baik-pulih dijangka siap pada jam 2 petang, hari ini.
Orang ramai yang ingin menghubungi Ibu Pejabat BNM boleh menggunakan talian alternatif melalui nombor 03-91792888.
Harap maklum.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!