Guan Hin Chan Enterprise (M) Sdn. Bhd. Dituduh Atas Kesalahan Perniagaan Perkhidmatan Wang Haram

Embargo: Untuk siaran segera
18 Dis 2012 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia hari ini membuat pertuduhan terhadap Guan Hin Chan Enterprise (M) Sdn. Bhd. dan pengarah syarikat tersebut, Lim Eng Shieong, di bawah seksyen 4(1) Akta Perniagaan Perkhidmatan Kewangan  2011 di Mahkamah Sesyen  Alor Setar, kerana menjalankan perniagaan perkhidmatan wang (pengurupan wang) tanpa lesen yang sah di premis syarikat tersebut yang beralamat di KM7.2, Lebuhraya Utara Selatan, Jalan Bukit Kayu Hitam, Changlun, Kedah.
 
Guan Hin Chan Enterprise (M) Sdn Bhd merupakan kes kedua selepas Let Seng Enterprises Sdn Bhd, yang didakwa di bawah  Akta Perniagaan Perkhidmatan Kewangan 2011. Sebelum ini, Let Seng Enterprises Sdn Bhd telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi  pada 10 Ogos 2012.  Jika didapati bersalah, hukuman yang dikenakan ialah denda sebanyak tidak melebihi lima juta ringgit atau penjara tidak melebihi sepuluh tahun, atau kedua-duanya sekali.


Bank Negara Malaysia
18 Disember 2012

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?