Hasil Maklum Balas Orang Ramai Terhadap Draf Rang Undang-Undang untuk Meminda Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002

Embargo: Untuk siaran segera
21 Jan 2015 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia telah selesai mendapatkan maklum balas orang ramai terhadap draf rang undang-undang untuk meminda Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 (AIKP) pada bulan Disember 2014. Pindaan AIKP tertumpu pada pengukuhan selanjutnya tadbir urus korporat dan penambahbaikan keperluan pengawalseliaan terhadap institusi kewangan pembangunan (IKP). Pindaan ini bertujuan memberikan sokongan yang lebih baik kepada sektor strategik dalam ekonomi.

Dalam tempoh maklum balas ini, pelbagai perwakilan daripada IKP, kementerian dan agensi kerajaan yang berkenaan, dewan perniagaan serta persatuan perdagangan telah memberikan maklum balas kepada Bank Negara Malaysia secara dalam talian.

Maklum balas daripada responden merangkumi kriteria layak dan sesuai (fit and proper) bagi pelantikan pengurusan IKP, pengawalan syarikat subsidiari dan sektor yang di bawah mandat mereka, keperluan urusan perniagaan bagi penzahiran yang dibenarkan serta keperluan Syariah dalam pengendalian aktiviti perbankan Islam dan aktiviti perbankan Islam sepenuhnya.

Bank Negara Malaysia menghargai semua pandangan dan cadangan   daripada semua pihak dalam tempoh maklum balas ini. Semua maklum balas akan dipertimbangkan dan perbincangan dan interaksi selanjutnya dengan pihak yang berkepentingan akan diadakan sebelum pembentangan rang undang-undang AIKP ini.


Bank Negara Malaysia
21 Januari 2015

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?