Inisiatif Pasaran Bon Asia (ABMI): Simposium mengenai Isu-isu Urus Niaga Tukaran Asing dan Penyelesaian Pembayaran dan Mesyuarat Kumpulan Kerja Sukarela ABMI, 20 - 22 Oktober 2003
Embargo: Untuk siaran segera
22 Okt 2003
Siaran Akhbar
Di bawah Inisiatif Pasaran Bon Asia (ABMI), Malaysia adalah pengerusi Kumpulan Kerja Sukarela bagi Urus Niaga Tukaran Asing dan Isu-isu Penyelesaian Pembayaran. Kumpulan Kerja in adalah salah satu daripada enam Kumpulan Kerja sukarela yang ditubuhkan untuk menyelesaikan pelbagai aspek pembangunan pasaran bon serantau. Enam Kumpulan Kerja Sukarela di bawah ABMI adalah seperti berikut:
| Kumpulan Kerja | Pengerusi |
| Mewujudkan instrumen-instrumen baru hutang sekuriti sokongan aset | Thailand |
| Mekanisma jaminan kredit | Korea |
| Isu-isu urus niaga tukaran asing dan penyelesaian pembayaran | Malaysia |
| Terbitan bon dalam mata wang tempatan oleh bank-bank pembangunan multilateral (MDB), agensi-agensi kerajaan asing dan perbadanan- perbadanan multinasional Asia | China |
| Agensi penarafan tempatan dan serantau | Singapura and Jepun |
| Koordinasi bantuan teknikal | Indonesia, Filipina and Malaysia |
Sebagai sebahagian daripada program kerja Kumpulan ini, satu Symposium mengenai Isu-isu Urus Niaga Tukaran Asing dan Penyelesaian Pembayaran telah diadakan di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 2003. Pegawai kanan dari negara-negara ASEAN+3, wakil-wakil kanan dari organisasi pelbagaihala serantau dan institusi sektor swasta telah turut serta dan membincangkan dengan terperinci isu-isu berkaitan urus niaga tukaran asing dan penyelesaian pembayaran dalam urus niaga bon diantara negara ahli. Perbincangan tersebut telah mencapai satu kata sepakat iaitu satu mekanisma penyelesaian pembayaran yang kukuh dan efisien adalah penting untuk menjayakan pembangunan pasaran bon serantau.
Kumpulan-kumpulan kerja ABMI juga telah mengadakan perbincangan yang lebih lanjut mengenai strategi yang perlu diambil di bawah ABMI untuk membangunkan pasaran bon yang efisien dan aktif di Asia.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!