Institusi Perbankan Bersetuju Menaikkan Kadar Deposit
Pada mesyuarat dengan BNM minggu ini, bank-bank perdagangan dan syarikat-syarikat kewangan berlesen telah bersetuju untuk meningkatkan kadar faedah deposit sebanyak 25 mata peratusan berkuatkuasa serta merta. Langkah menaikkan kadar faedah deposit oleh institusi perbankan ini akan menyumbang ke arah pengekalan tahap tabungan yang tinggi.
Memandangkan jangkaan inflasi adalah rendah, dasar kewangan yang akomodatif akan diteruskan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi. Sehubungan ini, kadar campurtangan 3-bulan BNM kekal tidak berubah pada 5.5%. Dengan itu, kadar berian pinjaman asas (BLR) institusi perbankan sepatutnya tidak berubah. Oleh yang demikian, kadar faedah deposit yang lebih tinggi tidak akan memberi kesan ke atas kadar faedah pinjaman. Pemulihan ekonomi dan kedudukan institusi perbankan yang lebih kukuh sekarang telah memberi lebih fleksibiliti kepada institusi perbankan untuk menaikkan kadar deposit tanpa menaikkan kadar faedah pinjaman.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.