Jualan Duit Syiling Peringatan Bersempena dengan Ulang Tahun Industri Minyak Sawit Malaysia Ke-100
Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan Ulang Tahun Industri Minyak Sawit Malaysia ke-100 pada tahun 2017. Duit syiling peringatan ini telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi di Muzium dan Galeri Seni, Bank Negara Malaysia, Sasana Kijang, Kuala Lumpur pada 27 Julai 2017.
Jualan duit syiling ini akan bermula pada Rabu, 9 Ogos 2017 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG) dan di pejabat Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu.
Pengundian Awam
Bank Negara Malaysia akan menjual duit syiling peringatan ini melalui proses pengudian awam untuk memastikan pengagihan secara adil kepada para pembeli. Pendaftaran pembelian akan diterima mulai pukul 7.00 hingga 11.00 pagi pada 9 Ogos 2017 di lokasi jualan. Semua pendaftaran pembelian yang diterima akan mendapat peluang yang sama untuk membeli duit syiling ini melalui proses pengundian. Memandangkan jualan duit syiling peringatan ini bukan berasaskan Siapa Dulu Dia Dapat, orang ramai dinasihati supaya tidak beratur di lokasi jualan sebelum pukul 7.00 pagi. Pengundian ini akan diadakan di lokasi jualan mulai pukul 11.30 pagi.
Maklumat Jualan dan Pengundian Awam
|
Tarikh |
Rabu, 9 Ogos 2017 |
|---|---|
|
Mod Jualan |
Pengundian Awam (bukan berasaskan Siapa Dulu Dia Dapat) |
|
Jadual |
7.00 pagi Pendaftaran Tempahan Dibuka 11.00 pagi Pendaftaran Tempahan Tutup 11.30 pagi Pengundian 2.00 petang Pengumuman Keputusan Undian dan Pengambilan |
|
Had Pembelian Maksimum |
1 unit set dua dalam satu (Perak Berwarna dan Emas Nordic) 1 unit Duit Syiling Perak Berwarna (pruf) 3 unit Duit Syiling Emas Nordic |
|
Mod Pembayaran |
Kad Kredit / Debit / Caj diutamakan dan wang tunai |
|
Kod Pakaian |
Pakaian yang sesuai untuk suasana pejabat |
Spesifikasi Duit Syiling dan Harga
Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:
- Duit Syiling Peringatan Perak Berwarna (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9 dan berat setiap keping ialah 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualannya RM230 sekeping. Sebanyak 700 keping sahaja ditempa.
Nota: Harga tertakluk kepada 6% GST. - Duit Syiling Peringatan Emas Nordic
Nilai muka duit syiling emas nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya RM10 sekeping. Sebanyak 13,000 keping sahaja ditempa.
Nota: Harga tertakluk kepada 6% GST.
Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set dua dalam satu. Set ini mengandungi duit syiling pruf perak berwarna dan pruf emas nordic. Set ini akan dijual pada harga RM280 setiap set (harga tertakluk kepada 6% GST) dan hanya 1,300 set sahaja disediakan. Butiran terperinci berkenaan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan ini terdapat dalam Lampiran I.
Reka Bentuk Duit Syiling
Reka bentuk keseluruhan duit syiling peringatan ini ditunjukkan pada Lampiran II.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.