[Kaji Selidik] Maklum balas berkaitan permintaan terhadap Perlindungan Takaful Am

Embargo: Untuk siaran segera
30 Jan 2015 Notis Umum

Bank Negara Malaysia menjemput Entiti Perniagaan/Badan Korporat/PKS untuk menyertai satu kaji selidik penting berkaitan permintaan terhadap Perlindungan Takaful Am.

Kaji selidik ini bertujuan mengukur tahap kesedaran dan memahami keperluan perlindungan takaful atau insurans oleh entiti-entiti perniagaan dan badan-badan korporat di Malaysia. Keputusan dari kaji selidik ini dijangka dapat memberikan panduan berkenaan bidang-bidang yang berpotensi untuk penambahbaikan untuk memastikan pertumbuhan industri takaful yang berterusan.

Setiap maklumbalas kaji selidik ini akan DIRAHSIAKAN dan hanya digunakan untuk tujuan penggubalan polisi dan akademik sahaja.

Klik pautan berikut untuk mula menjawab soalan kaji selidik:

  1. Versi Bahasa Malaysia: http://goo.gl/forms/uYYijQTJPe
  2. Versi Bahasa Inggeris: http://goo.gl/forms/skk8gRKrL0

Bank Negara Malaysia
30 Januari 2015

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?