Kaji Selidik Pengguna Kewangan Mengenai Fi dan Caj untuk Produk dan Perkhidmatan Kewangan
Penyedia perkhidmatan kewangan, termasuk bank, syarikat insurans, pengendali takaful dan pengeluar wang elektronik, perlu menzahirkan semua fi dan caj semasa pendaftaran dan memaklumkan kepada pengguna apabila terdapat sebarang perubahan. Fi dan caj yang dikenakan hendaklah adil dan mencerminkan kos sebenar perkhidmatan tersebut. Aduan pula perlu dikendalikan dengan segera dan secara adil.
Bank Negara Malaysia sedang menjalankan kaji selidik untuk menilai keberkesanan penzahiran ini. Kami mengalu-alukan anda untuk berkongsi pengalaman berhubung dengan mana-mana perkhidmatan dan produk kewangan yang anda pernah pertimbangkan atau gunakan dalam tempoh dua tahun yang lalu. Maklum balas anda amat penting untuk mempertingkatkan kualiti amalan ini. Kaji selidik ini akan dibuka untuk maklum balas hingga 30 Jun 2025.
Pautan kaji selidik: Kaji Selidik Pengguna Kewangan Mengenai Fi dan Caj
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.