Kelulusan Skim Pemindahan bagi Perniagaan Insurans Am Tahan Insurance Malaysia Berhad

Embargo: Untuk siaran segera
16 Ogo 2010 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia (Bank) telah meluluskan skim pemindahan bagi perniagaan insurans am Tahan Insurance Malaysia Berhad (Tahan) kepada Overseas Assurance Corporation (Malaysia) Berhad (OACM) di bawah Akta Insurans 1996. Pemindahan perniagaan ini adalah hasil daripada pelaksanaan tender terbuka pada bulan Januari 2010 dan proses ini dijangka selesai pada suku keempat tahun 2010.

OACM ialah salah sebuah syarikat di bawah Kumpulan Great Eastern Holdings dan merupakan penanggung insurans yang dilesenkan di Malaysia.

Mr. Phoon Soon Keong, pegawai yang dilantik oleh pengurusan Bank Negara Malaysia akan memastikan operasi perniagaan Tahan berjalan seperti biasa sehingga selesai proses pemindahan di atas.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi:

Customer Careline
Tahan Insurance Malaysia Berhad
No. Telefon: 03 - 2694 8000
Waktu Urusan: Isnin - Jumaat, 8.45 pagi - 5.30 petang

BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Khidmat Pelanggan Bank Negara Malaysia)
No. Telefon: 1-300-88-5465

Waktu Urusan: Isnin - Jumaat, 9.00 pagi - 5.00 petang

 


Bank Negara Malaysia
16 Ogos 2010

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?