Kemas kini tentang status Lesen Bank Mega Islam
Pengeluaran lesen mega bank Islam di Malaysia adalah untuk meningkatkan dimensi antarabangsa Kewangan Islam dalam sistem kewangan Malaysia yang seterusnya akan meningkatkan kesalinghubungan ekonomi dan kewangan global Malaysia dengan negara-negara lain di dunia, terutamanya dengan negara sedang pesat membangun dan pusat kewangan antarabangsa lain.
Entiti yang memohon lesen tersebut dikehendaki memenuhi semua peraturan dan pengawalan sedia ada yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Lesen penuh hanya akan dikeluarkan apabila semua keperluan undang-undang dan pengawalseliaan dipatuhi.
Permohonan lesen adalah didorong oleh pasaran dan diterajui oleh sektor swasta. Entiti yang berhasrat untuk menyertai sebagai pelabur perlu menentukan tindakan masing-masing berdasarkan penilaian mereka terhadap daya maju perniagaan bagi pelaburan itu. Kriteria dan penilaian yang ketat terhadap bakal pelabur dan pemegang lesen akan dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.