Kemudahan Tempahan dan Pembayaran Dalam Talian bagi Penjualan Wang Peringatan 25 Tahun Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan
Bank Negara Malaysia (BNM) ingin mengumumkan penyediaan kemudahan tempahan, pembayaran secara dalam talian dan penghantaran bagi penjualan duit syiling peringatan yang dikeluarkan oleh BNM bersempena dengan Ulang Tahun Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan yang ke-25 (LFSA25).
Orang ramai boleh membuat tempahan melalui laman sesawang https://duit.bnm.gov.my mulai Isnin, 14 Februari 2022 (10.00 pagi) hingga Jumaat, 25 Februari 2022 (11.00 malam).
Orang ramai dinasihati supaya membuat tempahan menerusi sistem dalam talian Bank Negara Malaysia sahaja dan bukannya melalui mana-mana pihak atau kemudahan tempahan lain yang tidak sah. Semua tempahan yang diterima semasa tempoh tempahan akan dipertimbangkan dengan sewajarnya. Sekiranya terdapat tempahan yang berlebihan, cabutan untuk menentukan tempahan yang berjaya akan dibuat.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara membuat pembayaran, pengumuman keputusan tempahan dan penghantaran, sila layari laman sesawang tempahan seperti yang dinyatakan di atas.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.