Kenyataan Akhbar oleh Dr. Zeti Akhtar Aziz atas pelantikan beliau sebagai Gabenor BNM
Embargo: Untuk siaran segera
24 Apr 2000
Siaran Akhbar
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk memegang jawatan sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. Selaras dengan kepercayaan yang diberikan, saya akan berusaha sedaya upaya untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya.
Untuk terus mara ke hadapan dalam persekitaran global yang semakin mencabar, banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mempastikan kestabilan dan kecekapan yang berterusan dalam sistem kewangan negara serta peranannya ke arah mencapai kemajuan ekonomi yang lebih pesat bagi Malaysia.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!