Kenyataan Bank Negara Malaysia
Bank Negara Malaysia mengecam sekeras-kerasnya dakwaan bahawa pegawai-pegawai Bank telah membocorkan maklumat kepada pihak media. Dakwaan ini adalah tidak berasas sama sekali. Sehubungan dengan itu, pihak Bank telah bertindak membuat laporan polis. Bank Negara Malaysia bertekad akan terus berusaha mencari kebenaran dengan cara yang adil dan saksama. Dalam melaksanakan tanggungjawabnya, pihak Bank tidak menyebelahi mana-mana pihak dan juga tidak akan memperdayakan amanah rakyat. Bank Negara Malaysia juga akan terus menyiasat mana-mana pelanggaran terhadap undang-undang di bawah kawal selianya. Pihak Bank, sebagai sebahagian daripada Pasukan Petugas Khas, tetap komited untuk mencapai objektif Pasukan Petugas Khas. Dalam usaha ini, pihak Bank mendapat sokongan sepenuh daripada Pasukan Petugas Khas.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.