Kenyataan Gabenor mengenai Rejim Kadar Pertukaran Mata Wang

Embargo: Untuk siaran segera
22 Sep 2008 Siaran Akhbar

Apa yang diperlukan pada masa ini ialah kestabilan dan bukannya ketegaran (rigidity). Rejim kadar pertukaran mata wang berasaskan apungan memberikan fleksibiliti kepada negara untuk melakukan penyelarasan terhadap perkembangan ekonomi dan kewangan antarabangsa. Rejim ini juga memberikan kestabilan kadar pertukaran berbanding dengan rakan dagangan utama negara. Kadar pertukaran tetap tidak dapat mengelakkan keadaan yang tidak menentu. Keadaan yang tidak menentu itu cuma dipindahkan kepada harga dalam negeri seperti harga aset dan inflasi. Oleh itu, tambatan semula ringgit tidak pernah menjadi pilihan kerana ia akan menjejaskan ekonomi negara. Ringgit akan terus beroperasi di bawah rejim apungan terurus dengan nilainya akan ditentukan oleh pasaran. Operasi Bank Negara Malaysia akan terus memastikan keadaan pasaran yang teratur, terutamanya dalam menangani gangguan yang berlebihan dalam pasaran. Ringgit telah menambah nilai secara beransur-ansur sejak ringgit tidak ditetapkan pada tahun 2005, mencerminkan kekukuhan asas-asas ekonomi negara. Trend ini dijangka berterusan pada masa hadapan.

 


Bank Negara Malaysia
22 September 2008

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?