Kenyataan Mengenai Pembelian Tanah untuk Pembangunan Hab Pendidikan Kewangan

Embargo: Untuk siaran segera
24 Mei 2018 Siaran Akhbar

Kami merujuk liputan media tempatan dan antarabangsa baru-baru ini mengenai pembelian sebidang tanah oleh Bank Negara Malaysia (Bank). Urusan pembelian tanah tersebut telah dibuat oleh Bank berlandaskan prinsip urus niaga tulus dan dibeli pada harga wajar yang ditentukan oleh jurunilai harta tanah bebas. Urusan pembelian tanah ini mematuhi semua keperluan tadbir urus dan undang-undang berkenaan yang berkaitan dengan Bank. Pihak Bank sentiasa telus berhubung dengan pembelian tanah ini. Sehubungan dengan itu, Bank Negara Malaysia telah menyerahkan maklumat komprehensif mengenai pembelian tanah ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tujuan kajian bebas dan menyeluruh.


Bank Negara Malaysia
24 Mei 2018

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?