Kenyataan Oleh Datuk Muhammad Bin Ibrahim Atas Pelantikan Sebagai Gabenor

Embargo: Untuk siaran segera
27 Apr 2016 Siaran Akhbar

Saya menerima pelantikan sebagai Gabenor dengan rasa rendah hati.  Bagi saya, ini merupakan peluang untuk saya terus berkhidmat kepada negara.  Saya akan berusaha melaksanakan tanggungjawab sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia dengan sebaik mungkin. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri dan pihak Kerajaan atas keyakinan dan kepercayaan yang diberikan kepada saya.

Bank pusat bertanggungjawab untuk mengekalkan kestabilan monetari dan kewangan, dan terus memberikan tumpuan pada agenda strategik di samping berusaha menyumbang kepada masa depan yang lebih cerah untuk semua rakyat Malaysia.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz atas kepimpinannya yang cemerlang serta sumbangannya yang amat besar kepada Bank dan negara.      

 

Muhammad bin Ibrahim
Bank Negara Malaysia
27 April 2016

Profil Timbalan Gabenor


Bank Negara Malaysia
27 April 2016

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?