Kenyataan oleh Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz Berhubung dengan Pelantikan Gabenor Baharu
Embargo: Untuk siaran segera
27 Apr 2016
Siaran Akhbar
Pelantikan Datuk Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor sudah tentu memberikan kesan yang positif kepada negara. Sebagai salah seorang ahli pasukan dasar di Bank Negara Malaysia, beliau akan dapat meneruskan kesinambungan dan kepastian yang begitu diperlukan dalam tempoh semasa yang amat tidak menentu ini. Saya yakin sepenuhnya dengan kebolehan dan keupayaan beliau untuk memacu Bank Negara Malaysia mengorak langkah ke masa hadapan.
Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz
Bank Negara Malaysia
27 April 2016
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!