Keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1800 pada Jumaat, 20 Januari 2006
20 Jan 2006 Siaran Akhbar

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia dalam mesyuaratnya yang pertama bagi tahun 2006 pada 20 Januari 2006 memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada kadar 3 peratus.

Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka bertambah pesat pada tahun 2006, dengan risiko inflasi terus kekal. Bank Negara Malaysia akan terus memantau perkembangan dalam ekonomi domestik dan antarabangsa dan implikasinya terhadap prospek pertumbuhan ekonomi dan inflasi dalam jangka masa sederhana.


Bank Negara Malaysia
20 Januari 2006

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?