Keputusan Majlis Penasihat Shariah BNM ke-214
27 Okt 2021
Notis Umum
Majlis Penasihat Shariah (MPS) Bank Negara Malaysia pada mesyuarat ke-214 bertarikh 30 Jun 2021 telah memutuskan bahawa institusi kewangan Islam (IKI) tidak dibenarkan untuk memasuk dan mengambil kira keuntungan terakru bagi pembiayaan asal, sebagai amaun prinsipal yang baharu bagi pembiayaan R&R. Ini kerana amalan tersebut akan menyebabkan keuntungan berganda ke atas hutang (keuntungan berkompaun). Oleh itu, sebarang pelaksanaan pembiayaan R&R hendaklah memastikan bahawa:
- amaun prinsipal baharu bagi pembiayaan R&R adalah bersamaan dengan baki prinsipal pembiayaan asal sekiranya tiada pembiayaan tambahan;
- jumlah keuntungan terakru dan caj lewat bayar (jika terpakai) bagi pembiayaan asal boleh ditambah menjadi obligasi keseluruhan pembayaran hutang tetapi jumlah ini tidak boleh diambil kira dalam pengiraan keuntungan yang baharu (cannot be capitalised); dan
- larangan keuntungan berkompaun terpakai kepada pembiayaan R&R bagi semua pelanggan (termasuk musir dan mu’sir).
Sila lihat lampiran di sini untuk maklumat lanjut
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!