Keputusan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia Mengenai Mekanisme Penggenapan

Embargo: Untuk siaran segera
14 Apr 2008 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia ingin memaklumkan bahawa Majlis Penasihat Syariahnya dalam mesyuaratnya yang ke-74 telah memutuskan bahawa mekanisme penggenapan kepada lima sen terdekat untuk semua pembayaran yang dibuat di kaunter yang diperkenalkan oleh Kerajaan berkuat kuasa 1 April 2008 adalah mematuhi prinsip Syariah. Keputusan ini dibuat berdasarkan perkara berikut:

1) Objektif pelaksanaan mekanisme penggenapan oleh Kerajaan adalah untuk kepentingan awam;
2) Perbezaan antara jumlah sebenar dengan jumlah yang digenapkan bagi setiap pembayaran adalah amat kecil; dan
3) Mekanisme penggenapan ini memberikan manfaat kepada semua pihak dan tidak menimbulkan sebarang kemudaratan kepada pihak-pihak yang berurus niaga.


Bank Negara Malaysia
14 April 2008

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?