Kertas Perbincangan Latihan Ujian Tekanan Risiko Iklim (CRST) 2024
Kertas perbincangan ini menetapkan rangka kerja dan elemen cadangan Bank Negara Malaysia (“Bank”) untuk ujian tekanan risiko iklim (CRST) seluruh industri pada tahun 2024. Kertas kerja mengemukakan untuk perbincangan kesesuaian dan format latihan, dan elemen teknikal seperti pemilihan senario, skop portfolio dan butiran serta pertimbangan lain.
Bank ingin menjemput semua pihak yang berkaitan, termasuk institusi kewangan, korporat bukan kewangan, persatuan industri, pakar iklim, agensi kerajaan, pengawal selia dan mana-mana organisasi atau individu lain yang berkaitan, untuk meneliti dokumen ini dan memberikan maklum balas bertulis mengenai cadangan, termasuk cadangan mengenai bidang yang perlu diperbaiki, dijelaskan atau cadangan alternatif dan bidang yang perlu dipertimbangkan oleh Bank.
Semua maklum balas untuk kertas perbincangan hendaklah dihantar secara elektronik dalam format yang ditetapkan dan dihantar melalui e-mel kepada [email protected] selewat-lewatnya pada 30 September 2022. E-mel mesti bertajuk “2024 CRST Discussion Paper – Feedback by [name of institution]”.
Dokumen:
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.