Kertas Perbincangan Pelan Pemodenan RENTAS

28 Feb 2024 Notis Umum

Kertas perbincangan ini membentangkan pelan cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memodenkan Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Elektronik Masa Nyata (RENTAS). Pelan pemodenan ini tertumpu kepada dua tema menyeluruh, iaitu mengkaliskan RENTAS pada masa hadapan dan meningkatkan pengurusan risiko dan fungsi penggunanya. Bidang pembangunan utama termasuklah menyokong operasi yang menghampiri 24/7, akses peserta ke RENTAS yang lebih meluas, meningkatkan perkongsian data dan keupayaan analitik, serta alat pengurusan kecairan yang lebih berkesan.

Kertas perbincangan ini bertujuan untuk mengumpul maklum balas tentang pelan yang dikenal pasti dan kes penggunaan dalam strategi pemodenan RENTAS yang dicadangkan.

BNM mempelawa maklum balas bertulis mengenai cadangan dalam kertas perbincangan ini, termasuk cadangan untuk isu khusus, bidang yang perlu dijelaskan atau dihuraikan dengan lebih lanjut, dan cadangan alternatif yang perlu dipertimbangkan oleh BNM. Maklum balas bertulis hendaklah disokong dengan rasional yang jelas, bukti yang disertakan atau ilustrasi yang sesuai untuk memudahkan semakan berkesan kertas perbincangan ini.

Maklum balas mesti diserahkan secara elektronik kepada BNM selewat-lewatnya pada 15 April 2024 kepada [email protected].

Maklum balas yang diterima boleh didedahkan kepada umum tanpa nama melainkan kerahsiaan diminta secara khusus untuk keseluruhan atau sebahagian daripada maklum balas tersebut.

Sila rujuk:
Kertas Perbincangan Rancangan Pemodenan RENTAS


Bank Negara Malaysia
28 Februari 2024

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?