Kertas Perbincangan Rangka Kerja Kontrak Syariah

11 Nov 2024 Notis Umum

Bank Negara Malaysia (BNM) menerbitkan Kertas Perbincangan Rangka Kerja Kontrak Syariah (Kertas Perbincangan) yang menggariskan cadangan pendekatan semakan terhadap dokumen dasar yang berasaskan kontrak Syariah semasa. Cadangan pendekatan ini merangkumi cadangan reka bentuk rangka kerja, penyelarasan aplikasi kontrak Syariah dengan matlamat yang dihasratkan, penjajaran semula keperluan Syariah dan operasi serta strategi dan garis masa semakan. Inisiatif ini bertujuan untuk menyokong aplikasi kontrak Syariah yang pelbagai oleh institusi kewangan Islam, selaras dengan strategi Pelan Sektor Kewangan 2022-2026.

BNM mengalu-alukan maklum balas bertulis berhubung cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam Kertas Perbincangan ini, termasuk cadangan berhubung dengan isu khusus, perkara yang memerlukan penjelasan lanjut, serta cadangan alternatif untuk pertimbangan BNM. Maklum balas bertulis ini hendaklah disokong dengan rasional yang jelas dan disertai dengan bukti atau ilustrasi yang bersesuaian bagi memudahkan penilaian yang berkesan terhadap Kertas Perbincangan ini.

Maklum balas bertulis perlu dikemukakan kepada BNM melalui e-mel kepada [email protected] selewat-lewatnya pada 10 Februari 2025. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada alamat e-mel yang sama. .

Tarikh Penerbitan
11 November 2024

Jabatan Penerbit Dokumen
Jabatan Sistem Kewangan Islam

Dokumen

Akta Berkaitan

Applicability

  • Pemegang Lesen IFSA 
  • Pemegang Lesen FSA 
  • Institusi kewangan pembangunan tersenarai yang manjalankan perniagaan kewangan Islam

Bank Negara Malaysia
11 November 2024

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?