Kertas Strategi Rangka Kerja Rangkuman Kewangan (2023-2026)
Pelaksanaan Rangka Kerja Rangkuman Kewangan Pertama (2011–2020) telah membawa kepada peningkatan yang ketara dalam kebolehcapaian dan penggunaan perkhidmatan kewangan asas di Malaysia. Di sebalik kemajuan yang dicapai, beberapa halangan dan cabaran masih perlu ditangani untuk mencapai tahap terakhir dalam memajukan rangkuman kewangan.
Sejajar dengan matlamat yang dibayangkan dalam Pelan Tindakan Sektor Kewangan (2022–2026) untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan isi rumah dan perniagaan, Bank Negara Malaysia membangunkan Rangka Kerja Rangkuman Kewangan Kedua (2023–2026) sebagai pelan hala tuju strategik empat tahun dan sebagai panduan berasaskan prinsip untuk memajukan rangkuman kewangan di Malaysia. Rangka Kerja ini juga mengambil kira penjajaran strategi ke arah sudut pertumbuhan baharu yang baru muncul dalam perkhidmatan kewangan, dan pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals, SDG) dan cadangan untuk Alam Sekitar, Kelestarian dan Tadbir Urus (Environmental, Sustainable, and Governance, ESG) oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk penciptaan nilai yang lebih tinggi.
Bank telah berunding dengan pihak berkepentingan utama dalam membangunkan Rangka Kerja. Maklum balas dan cadangan yang membina telah diterima semasa tempoh perundingan dan telah digabungkan dalam pengeluaran Rangka Kerja.
Dokumen:
Kertas Strategi Rangka Kerja Rangkuman Kewangan (2023–2026)
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.