Keselamatan Kad kredit Cip EMV Tidak Terjejas
Laporan berita terkini yang menyatakan bahawa mikrocip kad kredit telah diklon adalah tidak betul dan mengelirukan. Pemalsuan urus niaga kad kredit melibatkan penggunaan jalur magnet kad kredit yang telah diklon. Tiada cip Europay-Mastercard-Visa (EMV) kad kredit yang telah diklon. Bank Negara Malaysia ingin memaklumkan bahawa ciri keselamatan cip EMV kad kredit yang digunakan oleh institusi perbankan adalah sangat selamat.
Pada akhir tahun 2004, hampir kesemua kad kredit yang dikeluarkan di Malaysia telah ditukarkan dengan kad cip, dan terminal Point-of-Sale juga telah dipertingkatkan untuk menerima kad cip. Bagi tempoh separuh pertama tahun 2005, statistik pemalsuan kad kredit menunjukkan bahawa jumlah kes dan kerugian masing-masing telah menurun 43.2% dan 33.5%, berbanding dengan tempoh yang sama tahun 2004. Standard EMV ditetapkan oleh persatuan kad kredit antarabangsa untuk membendung penipuan dan pemalsuan kad kredit. Malaysia ialah negara pertama di rantau ini yang menggunakan infrastruktur cip EMV untuk mengatasi penipuan dan pemalsuan kad kredit.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.