Ketahui lebih lanjut mengenai Sasana Kijang melalui risalah
Sasana Kijang merupakan hasil daripada aspirasi Bank Negara Malaysia untuk menubuhkan sebuah pusat kecemerlangan ilmu dan pembelajaran dalam perbankan pusat dan kewangan. Sasana Kijang, yang direka khusus untuk menjadi pusat bagi kepimpinan berwawasan dan kerjasama dalam perbankan pusat, merupakan pusat pembelajaran yang dilengkapi dengan kemudahan yang serba canggih dan moden bagi menyokong program yang tersusun dan seminar peringkat tinggi untuk peserta tempatan dan asing. Di samping itu, Sasana Kijang juga memberi peluang untuk bertukar-tukar fikiran dan pengalaman dalam usaha membina keupayaan perbankan pusat supaya lebih bersedia menghadapi cabaran yang bakal mendatang.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sasana Kijang, sila muat turun dan baca risalah berikut: Sasana Kijang - Towards Excellence in Central Banking [PDF, 3.5MB] **Nota: Hanya didapati dalam Bahasa Inggeris sahaja pada masa ini.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.