Kriteria Kelayakan Semakan Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat (Corporate Debt Restructuring Committee, CDRC)
Semakan akan membolehkan lebih banyak syarikat memohon untuk mendapat bantuan CDRC
Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat (Corporate Debt Restructuring Committee, CDRC) telah menyemak semula Kriteria Kelayakan bagi membolehkan lebih banyak syarikat mendapat bantuan untuk menyusun semula obligasi hutang mereka.
Perbandingan Kriteria Kelayakan sedia ada dengan Kriteria Kelayakan semakan adalah seperti yang berikut:
|
Kriteria Kelayakan Sedia Ada |
Kriteria Kelayakan Semakan |
|---|---|
|
Syarikat-syarikat yang
|
ATAU
Syarikat-syarikat tersebut dijangka terus berdaya maju selepas penyusunan semula. |
Pengerusi CDRC, Dato' Sri Abdul Hamidy Hafiz berkata, "Semakan kriteria kelayakan ini akan membolehkan lebih banyak syarikat layak mendapat bantuan CDRC untuk menyusun semula obligasi hutang mereka. Langkah ini juga turut memperluas skop CDRC untuk merangkumi syarikat-syarikat yang lebih kecil. Berikutan semakan ini, semua syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia yang telah diklasifikasikan sebagai syarikat PN17 (Pasaran Utama) atau GN3 (Pasaran ACE), tanpa mengira jumlah terhutang, juga layak mendapat bantuan CDRC.”
Dato' Sri Abdul Hamidy Hafiz juga menyatakan bahawa "Ahli Jawatankuasa CDRC mendapati bahawa kini banyak bank telah mengambil inisiatif sendiri untuk menyusun semula pinjaman berdasarkan prinsip dan garis panduan CDRC. Sistem perbankan di Malaysia juga terus kukuh seperti ditunjukkan oleh nisbah pinjaman tak berbayar (non-performing loans, NPL) yang menurun kepada 1.8% pada Disember 2009 berbanding dengan 2.2% pada tahun sebelumnya.”
CDRC ditubuhkan pada Julai 2009 sebagai langkah awalan untuk mencegah daripada berlakunya sebarang kenaikan ketara dalam pinjaman tak berbayar (NPL) dalam sistem perbankan di Malaysia. CDRC menyediakan satu saluran di luar mahkamah bagi peminjam korporat dan pemiutangnya mencari jalan penyelesaian hutang yang paling wajar. Inisiatif untuk menubuhkan CDRC bertujuan untuk memastikan syarikat yang menghadapi masalah hutang mempunyai saluran yang mencukupi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Semua permohonan kepada CDRC adalah secara sukarela. Peranan utama CDRC adalah sebagai pengantara bagi membantu peminjam korporat dan pemiutang merumuskan penyusunan semula hutang dengan sewajarnya.
| Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Puan Nor Aizurawati Aminudin Tel : 603 2299 2191 Fax : 603 2299 2100 Emel : [email protected] Laman sesawang: www.cdrc.my |
![]() |
|---|
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
