Kumpulan kerja tiga pihak berkenaan dengan strategi pemansuhan jaminan deposit penuh
Bersempena dengan Mesyuarat Gabenor-Gabenor EMEAP * ke-14 yang sedang berlangsung di Hong Kong, Hong Kong Monetary Authority, Bank Negara Malaysia dan Monetary Authority of Singapore hari ini (Rabu) mengumumkan penubuhan kumpulan kerja tiga pihak untuk merangka strategi bersepadu bagi pemansuhan secara berjadual jaminan deposit penuh menjelang akhir tahun 2010 di negara masing-masing.
Bank Negara Malaysia
Hong Kong Monetary Authority
Monetary Authority of Singapore
22 Julai 2009
* Mesyuarat Eksekutif Bank-bank Pusat Asia Timur dan Pasifik ( E xecutives' M eeting of E ast A sia- P acific Central Banks, EMEAP) ialah sebuah pertubuhan kerjasama bank-bank pusat dan pihak berkuasa monetari di Asia Timur dan Pasifik. Anggotanya terdiri daripada Reserve Bank of Australia, People's Bank of China, Hong Kong Monetary Authority, Bank Indonesia, Bank of Japan, The Bank of Korea, Bank Negara Malaysia, Reserve Bank of New Zealand, Bangko Sentral ng Pilipinas, Monetary Authority of Singapore, dan Bank of Thailand.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.