Langkah-Langkah Keselamatan CIMB Bank Berhad Dipertingkat untuk Melindungi Transaksi Pelanggan

Embargo: Untuk siaran segera
13 Nov 2017 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia mengambil maklum tentang insiden kehilangan pita sandar (backup tapes) oleh CIMB Bank Berhad (CIMB Bank) semasa dalam transit.

CIMB Bank telah memberikan jaminan kepada Bank bahawa langkah-langkah pencegahan dan tindakan yang sewajarnya telah diambil untuk menangani apa-apa kesan negatif yang timbul akibat kehilangan pita tersebut.

Orang ramai dinasihatkan untuk terus berhati-hati dalam melindungi maklumat peribadi.


Bank Negara Malaysia
13 November 2017

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?