Langkah-langkah liberalisasi untuk membangunkan pasaran kewangan domestik

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 0900 pada Isnin, 30 Januari 2012
30 Jan 2012 Siaran Akhbar

Sebagai sebahagian daripada usaha Bank Negara Malaysia untuk mempertingkat daya saing ekonomi dan membangunkan pasaran kewangan domestik, Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan langkah-langkah liberalisasi yang berikut, berkuat kuasa dari 31 Januari 2012:

  1. Untuk terus merangsang pasaran pertukaran asing domestik melalui inovasi produk yang lebih tinggi, bank tempatan berlesen dibenarkan berdagang mata wang asing dengan mata wang asing lain dengan pemastautin.
  2. Untuk memperdalam pasaran derivatif kadar faedah domestik, bank tempatan berlesen dibenarkan menawarkan derivatif kadar faedah dalam denominasi ringgit kepada bukan pemastautin bukan bank.
  3. Bagi menambah baik pengurusan tanggungan aset pemastautin, fleksibiliti diberikan kepada pemastautin untuk menukar obligasi hutang ringgit atau mata wang asing sedia ada mereka kepada obligasi hutang mata wang asing yang lain.

Langkah-langkah yang digariskan di atas adalah seiring dengan teras am Pelan Sektor Kewangan dan akan menyumbang ke arah peningkatan tahap kecairan, keluasan dan penyertaan pelbagai peserta dalam pasaran kewangan domestik.

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai langkah-langkah tersebut, orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di saluran hubungan seperti yang berikut:

Talian bebas tol : 1 300 88 5465 (BNMTELELINK)
Faksimile : 603 2174 1515
E-mel : [email protected]
Laman sesawang : /fxadmin

Lihat juga: Soalan-soalan Lazim


Bank Negara Malaysia
30 Januari 2012

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?