Lelongan Dalam Talian Wang Kertas Ringgit dengan Nombor Siri Khas
Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mengadakan lelongan wang kertas Ringgit dengan nombor siri khas secara dalam talian yang dibuka hingga 20 November 2021. Lelongan ini dikendalikan oleh jurulelong yang dilantik oleh BNM, iaitu MNP Auctioneers (Central) Sdn. Bhd. (MNP) dan bidaan boleh dibuat melalui pautan ini. MNP akan memulakan sesi ‘Lelongan Secara Langsung’ pada 20 November 2021 (Sabtu) jam 11.00 pagi.
Wang kertas Ringgit dengan nombor siri khas, seperti set 10 wang kertas terawal (cth. LL0000001-0000010) dan nombor super solid dengan awalan berulang (cth. LL8888888) akan dilelong.
Pendaftaran dan bidaan dalam talian boleh dilakukan melalui www.best2bid.com. Maklumat lanjut mengenai lelongan boleh didapati melalui laman sesawang MNP iaitu www.mnp.com.my atau talian khidmat pelanggan MNP melalui 017-400 6661.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.