Lelongan Ke-17 Wang Kertas Ringgit dengan Nombor Siri Khas

17 Apr 2024 Notis Umum

BNM akan mengadakan Lelongan ke-17 bagi wang kertas ringgit dengan nombor siri khas. Lelongan dalam talian akan dibuka mulai 20 April hingga 27 April 2024. Selain lelongan dalam talian, lelongan secara bersemuka dan lelongan secara langsung akan diadakan serentak pada 27 April 2024 (Sabtu) pukul 10.30 pagi di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia. Kesemua lelongan ini dikendalikan oleh jurulelong yang dilantik oleh BNM, iaitu MNP Auctioneers (Central) Sdn. Bhd. (MNP).

Wang kertas ringgit dengan nombor siri khas akan dilelong, seperti set 10 wang kertas terawal (cth. PP0000001-0000010) dan nombor super solid dengan awalan berulang (cth. PP8888888).

Mereka yang berminat untuk turut serta dalam lelongan ini wajib membuat pendaftaran melalui pautan ini (www.best2bid.com). Bidaan dalam talian juga boleh dilakukan melalui pautan yang sama.

Maklumat lanjut mengenai lelongan boleh didapati melalui laman sesawang MNP iaitu www.mnp.com.my atau talian khidmat pelanggan MNP melalui 017-400 6661.


Bank Negara Malaysia
17 April 2024

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?