Lelongan Wang Kertas Ringgit dengan Nombor Siri Khas Secara dalam Talian
BNM Website Public Notice and Yammer Viva Engage for 18th Special Note Auction Announcement
Issue date: 20 September 2024
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengadakan lelongan wang kertas ringgit dengan nombor siri khas secara dalam talian yang akan dibuka dari 21 September hingga 5 Oktober 2024. Lelongan ini akan dikendalikan oleh jurulelong yang dilantik oleh BNM, iaitu MNP Auctioneers (Central) Sdn. Bhd. (MNP). Bidaan boleh dibuat melalui pautan ini. MNP akan mengadakan sesi Lelongan Secara Langsung secara dalam talian pada 5 Oktober 2024 (Sabtu) mulai pukul 11:00 pagi.
Wang kertas ringgit dengan nombor siri khas akan dilelong, seperti set 10 wang kertas terawal (contohnya DD0000001-0000010) dan nombor super solid dengan awalan berulang (contohnya QQ8888888).
Pendaftaran dan bidaan dalam talian boleh dibuat melalui www.best2bid.com. Maklumat lanjut mengenai lelongan boleh didapati melalui laman sesawang MNP iaitu www.mnp.com.my atau talian khidmat pelanggan MNP iaitu 017-400 6661.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.